Sekolah Menengah Yio Chu Kang

Sinopsis

Sebuah kapal yang penuh muatan datang ke sebuah negeri yang diperintah oleh raja Indera Maya. Juragan kapal tersebut telah meminta raja untuk mengenal jantina anak itiknya. Sekiranya baginda raja dapat mengenal jantinya anak itiknya, juragan akan memnyerahkan kapalnya berserta seluruh isinya.

Mendengar hal tersebut, baginda raja menitahkan seorang biduanda untuk memanggil ahli nujum. Setelah ahli nujum Belalang datang, baginda memberitahu maksud serta tujuannya memanggil. Pak Belalang diminta untuk membantu menyelesaikan masalah iaitu cabaran yang diberikan oleh juragan kepadanya. Pak Belalang yang pada saat itu tak tahu caranya memberitahu baginda raja Indera Maya sebuah tipu muslihat. Dia berkata bahawa jawabannya ada di buku tib, namum buku tibnya hilang, maka dia meminta masa 3 hari untuk mencaarinya.

Setelah 2 hari, pak Belalang pun masih belum menemukan jawapan cara membedakan jantina anak itik juragan. Akhirnya dia menyerahkan diri pada Allah. Pada malamnya, pak Belalang berkayuh ke kapal juragan dan mendengar perkhabaran mengenai itik itu dari maklumat yang diberitahukan oleh juragan pada isterinya.

Pada hari terakhir, akhirnya pak Belalang berhasil mengenal jantina dengan air. Juragan akhirnya menyerahkan kapal beserta seluruh isinya kepada raja Indera Maya, ia menyesal kerana telah memberitahu isterinya mengenai itik tersebut.

Tema dan Persoalan

Tema: kebijaksanaan seorang ahli nujum dalam menangani sebuah masalah.

Persoalan: Berfikirlah sebelum bertindak (contoh: seharusnya juragan berfikir dahulu sebelum memberitahu maklumat penting kepada isterinya), dan berpeganglah pada janji (contoh: juragan berjanji akan menyerahkan kapal beserta seluruh isinya apabila jantina anak itiknya dapat dikenali).

Latar

Tempat: latar tempat cerita ini berlaku di istana raja, kapal juragan, dan rumah pak Belalang.

Masa: pengarang tak memaparkan masa tetapi pembaca boleh mengagak bahawa cerita ini berlaku pada masa pemerintahan kerajaan.

Masyarakat: Melayu lama yang terdiri dari 3 tingkatan. Raja (Indera Maya), para pembesar negeri, serta rakyat jelata (para biduanda).

Gaya Bahasa

Diksi–> penulis menggunakan beberapa perkataan arab seperti Allah subhana wataala, ya Allah, ya Rabbi

Kata-kata pada pangkal ayat: Hatta, maka, sebermula

Perumpamaan: buah hati

Inversi: ‘telah hari’ seharusnya ditulis hari telah.

Logat daerah: Merojak, nasi ransum

Pengajaran

Hormatilah pemimpin, berfikirlah sebelum bertindak, simpan rahsia dengan baik, ingatlah kepada Tuhan, kebijaksanaan kita perlu berlaku saat menangani sebuah masalah atau cabaran dalam hidup.

Comments on: "PAK BELALANG (2-SINOPSIS, DSB)" (1)

  1. senang ny kerja saya,,,,,,,,,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: