Sekolah Menengah Yio Chu Kang

Cerpen 'Sayang Ayah'

Angamah adalah seorang pelajar darjah 6, dan kehidupannya di rumah tidaklah baik serta berbeza semenjak ibu menikah dengan lelaki yang kini dipanggilnya ayah.

Suatu hari cikgu Bustam memberi murid-murid tugas karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah!’. Teman-teman Angamah sibuk berpendapat sedangkan Angamah hanya diam sahaja kerana runsing, tidak tahu apa yang hendak ia tulis. Ia sayang kepada ayah, tetapi ayah suka memukulinya dengan rotan mahupun tali pinggang jika ia melakukan salah atau berlaku sesuatu yang selalunya disalahi oleh ayahnya. Hal itu terjadi saat Angamah hendak menulis karangan. Angamah dipukuli ayahnya hingga badannya merah-merah. Oleh sebab itu Angamah tidak datang sekolah selama tiga hari.

Esoknya Angamah menghadiri sekolah tetapi tidak menghantar tugas dari cikgu Bustam, dan kerana itu ia dipanggil masuk ke bilik cikgu. Angamah yang semula tidak mahu memberitahu cikgu dan teman-temannya tentang masalahnya akhirnya memberitahu. Namun kemudian, polis datang dan memberitahu bahawa ayah Angamah meninggal dunia kerana tertimpa musibah di tempat kerja. Setelah kejadian itulah, barulah Angamah sedar bahawa dia sayangkan ayah.

Diatas ialah ringkasan cerpen yang bertajuk ‘Sayang Ayah’ oleh Omar Mamat.

  • Tema yang diangkat adalah kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat dari tajuk itu sendiri dan konflik yang terjadi antara Angamah dengan ayahnya.
  • Plot cerpen ini tidak kronologi kerana Angamah yang sering berfikir tentang masa lalunya.

Analisis tokoh dalam cerpen

a) Angamah

  • watak utama/penting yang menggerakkan cerita.
  • watak dinamik kerana berkembang dari segi aksi, emosi dan fikiran

contoh: Sebelum ayahnya meninggal dia tidak senang pada sifat ayahnya yang garang. Tapi setelah ayahnya meninggal, dia baru sedar bahawa dia sayangkan ayahnya.

b) Ayah

  • watak utama/penting yang menggerakkan cerita
  • watak statik kerana sifat garangnya tidak berubah dari mula hingga akhir

c) Cikgu Bustam

  • watak sampingan yang lebih kecil peranannya dari watak utama.
  • watak statik kerana selalu baik kepada semua murid-muridnya dari mula hingga akhir

Comments on: "Cerpen 'Sayang Ayah'" (1)

  1. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: